|
Royal RMARM di pagi Syawal 2011 |
OLEH : ROYAL RMARM
Lambaian angin menerpa masuk ke dalam ruang bilik kerana jendela bilik itu terbuka luas. Kehadiran cahaya pagi juga turut menerangi ruang bilik itu. Seorang insan sedang terlena di atas tilam yang empuk dengan cadar yang berwarna kelabu. Jam berdetik sedikit demi sedikit ke angka 11. Daun pintu terbuka perlahan. Sepasang kaki melangkah masuk yang diselindungi oleh kain berbunga-bunga. Seekor kucing putih berbulu lebat juga turut terbaring di sisinya.
“Ishak bangun!” Tangannya pantas menampar paha. Ishak tersedar sambil membuka langkah silatnya di atas katil. “Bagus! Bagus! Ibu suka sangat tengok perangai Ishak ni.” Ibu bercekak pinggang melihat Ishak yang telah berhenti bersilat itu.
“Apalah Ibu ni. Kacau daun betul! Hak tengah mimpikan Darling Hak tau tak...” Ishak mendengus kasar. Ibu berdehem kasar.
“Matahari dah segalah kat langit, boleh mimpikan Shikah lagi ke, Hak oi… anak kesayangan Ibu ni…” Ibu duduk di atas katil. Ishak menarik kakinya dan bersila. “Bukan Hak sarapan pagi tadi ke? Kenapa pula boleh tidur?” Ishak menggaru kepalanya yang tidak gatal. “Ah… bila tanya sikit, garu kepala. Bila garu kepala, kena tanya sikitlah tu.”
“Sejak bila pula Bu ni pandai buat lawak?” Sekali Ishak menggaru kepalanya dengan kasar. “Memang Hak ada sarapan pagi tadi. Hak rasa mengantuk sangat, jadi Hak tidurlah.” Ibu menggelengkan kepalanya. “Hak lambat sangat tidur semalam.”
“Emm… tidur lambat sebab berbual kat blog semalaman dengan minah omputih tu
kan.” Ishak mencebikkan bibirnya malas. “Ingat Bu tak tahu ke…” Kucing menggeliat malas seperti dirinya sebentar tadi. “Emm… tengok tu. Teddy juga turut berlingkar sama.” Kucing itu menyahut kata Ibu. “Macam Mr. Bean sajalah Hak ni…”
“Tu bukan omputihlah Bu. Tu Shikah.” Ishak mengangkat Teddy kepangkuannya. Dia membelai Teddy. “Cuma dia dah warnakan rambutnya kuning pisang tu yang nampak macam minah omputih sikit.”
“Sejak bila pula Shikah warnakan rambut dia? Bu tak tahu pula.” Ishak malas untuk menjawab pertanyaan Ibu. Ibu menyerahkan sekeping sampul
surat kepada Ishak. “Tak tahu dari siapa…” Ishak mengambil
surat itu dari tangan Ibu. Ishak membelek sampul
surat itu. Sulit Dan Persendirian. Malah tertulis Urusan Seri Paduka Baginda di dada sampul
surat itu. “Bila Hak nak kerja dengan Ayah? Ayah dah mengomel semalam tau dengan Bu…”
“Hak tak nak kerjalah kat syarikat Ayah tu. Hak ada cita-cita Hak sendiri. Lagipun, Hak sebenarnya nak membalas dendam.” Ibu terkejut sedikit dengan penjelasan Ishak itu. Lebih-lebih lagi ayat terakhir Ishak tentang untuk membalas dendam.
“Eh… anak teruna Bu yang seorang ni. Ingat sikit, dalam Islam, dendam ni adalah berdosa. Kita tak boleh menyimpan dendam di dalam hati apatah lagi untuk membalas dendam. Kita harus sentiasa menjadi pemaaf dan penerima maaf.” Ibu mula berceramah kepada Ishak namun Ishak tidak memperdulikan kata-kata Ibu. Ishak membuka sampul
surat itu dan membacanya. Ibu berdiri sambil terus berceramah tentang Islam.
“Ya!” Ishak berdiri dan terus melompat. Ibu tergamam melihat tingkah Ishak. Ishak pantas memeluk Ibu dan mencium pipi Ibu. Ibu tidak mengerti. “Ibu, Ishak dapat kerja tu. Hak dapat kerja tu! Seronoknya!” Ishak melompat kegirangan seolah budak kecil mendapat gula-gula.
“Dapat kerja apa?” Ishak terhenti merasakan kegembiraan itu apabila Ibu bertanya mengenai kerja yang ditawarkan kepadanya itu. Ishak mula mengenangkan Ayah.
“Ayah ni tak pernah membantah apa yang Hak nak buat. Sebab semua itu, adalah cita-cita Hak.” Ishak tunduk sambil bermain-main jemarinya. Teddy pula sedang berbaring di sisinya. Ayah melipat
surat itu dan meletakkannya di atas meja. “Bukan senang nak menjadi pendidik Ishak. Banyak cabarannya.” Ishak melihat wajah Ayah. Wajah Ayah yang semakin ditelan usia awal 50-an itu tersenyum tawar kepadanya. Ibu yang duduk di sebelah Ayah membisu.
“Hak faham. Tapi, ini adalah cita-cita Hak.” Jawab Ishak berani. Ayah melihat Ibu.
“Tapi Hak kata tadi, Hak nak membalas dendam. Takkan jadi pensyarah nak menyeksa pelajar.” Ibu bersuara sinis membuatkan Ishak menahan tawanya. Sekejap lagi Ibu pasti akan bersyarah mengenai Islam.
“Habis tu, syarikat Ayah tu siapa nak uruskan? Ayah berharap benar yang Hak akan gantikan Ayah apabila Hak dah habis belajar.” Ishak mengelus lemah. Dia mengerti akan pengharapan Ayah kepadanya sebagai anak tunggal di dalam keluarga itu.
“Hak menghargai harapan Ayah supaya Hak menggantikan Ayah di syarikat Ayah itu tetapi…” Ishak tidak mampu memberikan jawapan yang pasti kepada Ayah. Ayah dan Ibu berpandangan sesama sendiri sekali lagi. “Beginilah. Apa kata, kita buat perjanjian.” Ishak tersenyum kepada Ayah dan Ibu. “Kalau Hak tak mampu teruskan dengan kerja ni, Hak akan memohon untuk berhenti kerja dan bekerja dengan Ayah menguruskan syarikat.” Ayah dan Ibu berpandangan tidak jemu.
“Baiklah. Ayah akan beri tempoh satu tahun dua semester kepada Hak.” Ishak yang baharu tersedar dengan perjanjian itu mula gelisah. Dia hanya mampu tersenyum kepada Ayah dan Ibu bersahaja. Ayah dan Ibu pula tersenyum sinis kepada Ishak.
Ishak melihat tanda nama yang tertera bersinar di bangunan 13 tingkat itu. Bangunan yang didirikan bersebelahan dengan laut membelai rambut Ishak sedikit. Ishak menarik nafas. “Universiti Antarabangsa
Labuan. Mohamad Ishak Syah Mohamad Iskandar Syah datang. Jaga-jaga!” Ishak tersenyum manis melihat tanda nama itu.
“Aik… takkan baharu mula semesta, sudah ada orang gila kat sini.” Ishak berpaling ke belakang.
“Eh… Shah.” Ishak pantas menerpa ke arah Shah. Dia memeluk Shah.
“Woi… jaga-jaga… Nanti apa pula orang kata.” Ishak ketawa dan menepuk lengan Shah dengan gembiranya. “Apa khabar?” Ishak tersenyum kambing.
“Aku sihat sangat-sangat. Kau?” Shah membetulkan tali leher dan posisinya. “Aku tahu kau mesti sihat sejak kahwin ni.” Shah ketawa dengan kata-kata Ishak. “Orang rumah kau, ok?”
“Dia sihat. Tapi, kau tahu-tahu sahajalah. Awal-awal bulan ni, banyak sangat meragamnya.”
“Maksudnya, dia mengandung?” Shah tersenyum bangga. “Tahniah! Tak lama lagi, bolehlah aku jadi ‘godfather’ dia.” Sekali lagi Shah ketawa. “Emm… sebelum terlupa, apa khabar Fahmi dengan isterinya, Umie?”
“Oh… mereka berdua… Fahmi bercuti sementara dia menyambung pelajaran kat
London. Emm… mereka dah ada dua cahaya mata…” Jelas Shah.
“Wah… tak sangka cinta mereka itu menjadi juga akhirnya. Aku dengar cerita dari kau empat tahun lalu tentang Fahmi yang jatuh cinta dengan pelajarnya sendiri tu, kadang-kadang membuatkan aku kecut perut juga…”
“Syukurlah, jodoh mereka berpanjangan…” Mereka berbalas senyuman. “Emm… aku tertanya-tanya juga dengan kau ni… Tiba-tiba kau ada kat sini, kenapa?”
“
Cuba kau teka…” Shah menaiki anak tangga. Ishak menurut.
“
Ada satu bilik di tingkat tiga, Bahagian Sekolah Ekonomi yang dibersihkan seminggu lalu. Takkan bilik tu, bilik kau?” Ishak mengejapkan matanya berkali-kali. “Eh… takkan kau nak jadi pensyarah kat sini?” Shah bertanya was-was.
“Kenapa, aku tak boleh menjadi pensyarah kat sini?” Shah menarik nafas dalam.
“Habislah pelajar kat sini terseksa kalau ikut kelas kau. Kau mesti ajar mereka kursus pemasaran.” Ishak tersenyum kepada Shah. “Terseksalah mereka. Aku kenal sangat dengan kau.” Perbualan mereka di muka pintu masuk itu terhenti apabila dua orang pelajar perempuan menghampiri mereka.
“Assalammualaikum, Encik Shah.” Salah seorang pelajar perempuan itu memberi salam kepada Shah.
“Waalaikumsalam. Awal benar ke sini? Baharu nak masuk pukul 7 pagi. Pendaftaran kelas untuk semesta kali ini, esok.” Mereka tersenyum kepada penjelasan ringkas Shah kepada mereka.
“Faham-faham sajalah Encik Shah. Kami minta diri dulu.” Ishak membalas senyuman kedua orang pelajar itu apabila mengukir senyuman kepadanya.
“Apa maksudnya? Aku tak faham.” Shah mengajak Ishak masuk. Ishak menurut.
“Kau nak tahu. Aku akan jelaskan kepada kau. Pelajar perempuan yang pakai baju ungu itu namanya Maria. Dia dari
Sabah dan bukan beragama Islam.” Ishak melihat pelajar perempuan yang memakai baju kurung ungu dan tidak bertudung itu sedang tersenyum berbual dengan pelajar yang menegur Shah tadi.
“Kawan dia yang pakai baju kurung kelabu yang tak padan dengan dirinya tu, siapa pula?” Tanya Ishak. Mereka berjalan menuju ke arah lorong lif. Terdapat
lima buah lif dan sebuah lif kecemasan. Shah menekan punat lif dan pintu lif terbuka.
“Itu pula, bahaya sikit.” Mereka melangkah masuk. Shah menekan punat nombor tiga. Ishak asyik menurut tingkah dan tindakan Shah.
“Kenapa pula dia bahaya? Aku tengok macam biasa sahaja. Langsung tak menakutkan aku.” Shah tergelak kecil. Pintu lif terbuka. Mereka melangkah keluar. Shah membawa Ishak menuju ke pejabatnya. Ishak masih menjadi penurut. Shah meletakkan beg dan beberapa buku di atas meja.
“Duduklah. Nanti, pukul 8.30 pagi, baharulah kau pergi ke tingkat dua. Aku temankan.” Ishak mengangguk faham.
“Sambung balik cerita kau tadi. Kenapa pula dia bahaya? Aku tak faham.” Shah duduk. Ishak juga. Shah tersenyum kepada Ishak.
“Aku rasa, cukuplah kalau aku katakan, namanya Heaven.” Shah tertawa sambil menyandarkan badannya di kerusi.
“Heaven? Syurga? Maksud kau Heaven, syurga.” Shah ketawa. “Kau tipulah... Takkan dia bernama Syurga pula.” Ishak turut menyandarkan badannya. Suasana di tingkat tiga itu masih sunyi.
“Betul, namanya Syurga. Syurga Binti…”
“Neraka.” Ishak menyambung kata Shah. Shah tersenyum. “Aku tak percaya cakap kau.” Shah membuka laci meja dan mengeluarkan sebuah fail yang penuh dengan kertas. Dia membuka fail dan mengeluarkan kertas yang berklip dengan dawai kokot. Dia menyerahkan kepada Ishak. Ishak mengambilnya.
“Kau cari nama pelajar bernama Syurga Binti Firdausi.” Ishak menurut kata Shah. Dia membelek ke mukasurat seterusnya mencari nama yang dimaksudkan oleh Shah.
“Ya. Syurga Binti Firdausi. Pelajar HE 22 Pemasaran Antarabangsa.” Ishak melihat Shah. “Pelik juga nama dia tu. Macam aku tak percaya saja.”
“Mulanya akupun tak percaya. Aku fikir dia main-main. Masa aku tanya, siapa namanya. Dia beritahu Syurga Firdausi.” Ishak menahan senyumnya. “Dua kali aku tanya dan cakap dengan dia, jangan main-main dengan aku. Tapi, dia tetap sebut namanya Syurga Firdausi. Siap dia kasi tengok mycard dia.”
“Jadi benarlah nama dia Syurga Binti Firdausi?” Shah mengangguk. “Apa pula bahayanya?” Shah hanya tersenyum dan tidak menjawab pertanyaan Sihak. Ishak tersenyum tidak mengerti.
“Syur, kacak juga lelaki yang bersama dengan Encik Shah tadi. Agaknya dia pensyarah baharu kat sini tak. Kalau dia mengajar kita, mesti seronok. Tak sabar rasanya aku.” Syurga tersenyum dengan kata Maria. “Siapa agaknya nama dia? Tengok sahaja macam anak orang kaya.”
“Hish… kau ni Ria. Ada-ada sahajalah. Dia tu
kan pensyarah kita. Janganlah cakap macam begitu. Nanti apa pula orang kata. Kau siap salin jadual kelas untuk semester ni? Jangan nanti, kau tercari-cari aku pula tanya kelas ni pukul berapa kat mana.” Syurga mencebik malas.
“Sudahlah. Kau ni tak boleh gurau sikit. Lagipun, aku tengok dia tu rapat dengan Encik Shah. Mesti dia akan mengajar kursus kita agaknya. Dapatlah, aku goda-godam dia di dalam blog aku nanti.” Maria terkekek ketawa.
“Kau ni. Tak baik tau kau goda ke, godam dia ke...” Maria bercekak pinggang menghadap Syurga, sahabat rapat di universiti.
“Kenapa pula aku tak boleh goda atau godam dia? Peduli apa kalau dia suami orang sekalipun.” Maria berdabik dada terasa bangga dan berani.
“Memang tak boleh kau goda ataupun godam dia tanpa bawa aku sekali dalam sesi penggodaan atau penggodaman kau tu.” Mereka serentak ketawa besar di ruang tingkat tiga itu. Ishak dan Shah terhenti melangkah keluar apabila mendengar suara ketawa mereka yang melaung tinggi. Syurga dan Maria menelan ketawa mereka seperti guruh berdentum terlebih dahulu dari kilat yang memancar.
“Gembira sahaja saya tengok dengan kamu berdua hari ini. Kenapa? Keputusan semester lepas, cemerlang ke?” Maria melihat Syurga memandang papan kenyataan melihat jadual kelas yang diadakan untuk semester kali ini.
“Ok… Keputusan semuanya ok…” Ringkas jawapan Syurga kepada pertanyaan Shah. Maria tersenyum kepada Ishak dan Ishak membalas senyuman itu.
“Emm… semester kali ini, kamu berdua mesti ada mengambil kursus ‘Marketing Products’. Dan saya kenalkan pensyarah yang akan mengajar kursus tu untuk semester kali ini menggantikan Encik Jeffery yang menyambung pelajarannya di Amerika Syarikat.” Jelas Shah. Syurga berpaling.
“Oh… patutlah saya tengok, dua minggu lalu, Encik Jeffery mengemas barang-barangnya. Rupa-rupanya dia dapat tawaran melanjutkan pelajaran.” Ishak melirik senyum kepada Syurga kerana Syurga tidak begitu sesuai dengan pakaian yang sedang dipakainya. Baju kurung kelabu itu tidak begitu sesuai dengan rona kulitnya yang kuning langsat itu. Malah Ishak menganggap, warna kelabu kegemarannya itu telah tercemar keasliannya apabila pelajar perempuan itu memakainya. Syurga terkesan dengan senyuman sindir yang diukir oleh Ishak itu kepadanya.
“Emmm… namanya adalah…” Ishak menyinggul tangan Shah. Shah melihat Ishak dan dia mengangkat bahu sebagai isyarat kepada Ishak, kenapa Ishak menyinggul tangannya.
“Tak apa. Saya dah lambat. Nanti, dalam kelas sudah tentu, boleh tahu.” Shah mengangguk dan tersenyum mengerti. “Kami pergi dahulu.” Ishak melangkah. Shah menurut. Syurga dan Maria berpandangan tidak mengerti.
“Aku bengang betullah dengan pengajaran pensyarah baharu tu.
Kan kira ni baharu mula belajar perkara tu. Dah dia tanya yang bukan-bukan. Lagipun, mana kita nak cari buku tu awal-awal minggu ni. Buku tu belum ada lagi kat R-Mart. Aku dah tanya dengan Kak Salwa. Dia kata buku-buku untuk semester baharu ni akan datang minggu depan. Eh… geram betul aku dengan dia tu tau tak tadi.” Syurga menggigit giginya geram. Maria tergelak-gelak.
“Sabarlah Syur. Aku ni bila tengok pensyarah kacak dan macho macam dia tu, kena marah pun aku ok.” Syurga mencebik bibir kepada Nana, salah seorang sahabat serumah dengannya semester lalu walaupun mereka tidak mempunyai jurusan yang sama. Cuma kali ini, dia dan Nana sama kelas dalam kursus pemasaran produk yang diajar oleh Ishak.
“Setakat kacak dan macho tu nak buat apa. Aku hanya nakkan ilmu dia. Habis saja ilmu dia aku kikis, aku buang begitu sahaja.” Syurga melirik-lirik matanya kepada Nana dan Maria.
“Kejam betullah kau ni, Syur. Kau tengok dia Nana. Apa dah jadi dengan Encik Jeffery. Habis ilmu dia kikis tahun lalu. Sampai Encik Jeffery tu terpaksa belajar balik.” Maria dan Nana ketawa memecah ruang podium tempat para pelajar mengulangkaji pelajaran dan juga tempat menonton televisyen. Dan televisyen itu sentiasa menayangkan mengenai laporan-laporan berita seluruh dunia dan jarang benar menyiarkan rancangan hiburan.
“Amboi… awal minggu dah ada cerita lucu nampaknya.” Syurga, Nana dan Maria tergamam melihat apabila Ishak menegur mereka. “Kenapa senyap? Tak salah rasanya ketawa. Boleh lepaskan segala tekanan.” Ishak melangkah semula apabila tersenyum sinis kepada mereka bertiga.
“Tengok. Dia sengaja nak kenakan kita.” Maria dan Nana memandang Syurga yang menahan rasa marahnya “Aku akan kenakan dia cukup-cukup sampai dia berhenti kerja kat sini.” Maria menghampiri Syurga.
“Janganlah Syur. Tak baik tau. Nanti, tak pasal-pasal kau pula yang kena. Eh… jauh-jauh…” Syurga tersenyum dan tidak memperdulikan kata Maria. Nana membisu tingkah.
Ishak menahan marahnya apabila dia melihat keempat-empat tayar keretanya telah hilang. Tayar keretanya telah diganti dengan batu-bata warna putih. Dan matanya sempat melihat kertas melekat di cermin tingkap. Tertera sebaris ayat yang biasa dia lihat. “Ini mesti kerja Syurga. Nantilah. Siaplah kau, aku kerjakan kau nanti.” Ishak menahan sabar dan selama hampir tiga bulan dia mengajar di sini sebagai pensyarah.
Ishak terlalu banyak bersabar dengan sikap Syurga kepadanya. Dia tidak boleh memberi bebanan tugas sedikit kepada Syurga, pasti dia akan dikenakan teruk oleh Syurga. Pernah sekali dia terkurung di dalam tandas kerana dikunci oleh Syurga kerana dia menyuruh Syurga membersihkan Dewan Kuliah A hanya disebabkan Syurga terlepas kertas yang dipegangnya ke lantai. Ishak menganggap Syurga ingin membuang kertas itu dan membuat sampah tetapi hakikatnya Syurga hanya terlepas kertas itu. Syurga yang mengintai pergerakannya selepas itu, akhirnya dia terkurung di dalam tandas semalaman bersama dengan kertas yang berlekat di belakang pintu tandas sehinggalah salah seorang pekerja kebersihan membuka kunci pintu ruang tandas itu.
Bukan setakat itu sahaja. Ishak juga melalui hari-hari yang amat memenatkan dirinya. Ishak mendenda Syurga membuka latihan tutorial yang banyak juga telah membuatkan Ishak kehilangan anak kucingnya, Teddy. Puas Ishak mencari Teddy di seluruh kampus kediaman itu namun tidak menjumpainya. Ishak sanggup memberi ganjaran kepada sesiapa sahaja yang menjumpai semula Teddy. Biar seluruh universiti itu pakat gelakkan dia kerana menampal poster kehilangan Teddy, asalkan dia memiliki semula kucing kesayangannya. Namun di salah satu poster, dia menemui sekeping kertas berlekat dan tertulis dengan ayat yang sama yang menjadi penemannya di dalam tandas sebelum ini.
Telefon bimbit Ishak yang bernilai beribu ringgit berjenama Durian iPhone buatan
Malaysia yang dihadiahkan oleh ibu kepadanya itu juga turut hilang selepas dia menahan Syurga di dalam kelas tutorial selama tiga jam. Dia menahan Syurga kerana Syurga salah menjawab soalan yang diajukan di dalam kelas kuliah. Telefon bimbitnya yang diletakkan di atas meja di kelas kuliah selepas itu boleh ghaib tiba-tiba dan apabila diperiksa seluruh pelajar yang mengikuti kelas pada waktu itu langsung tidak berjaya mengesan telefon bimbitnya. Syurga tetap tersenyum sinis kepadanya apabila dia memandang Syurga. Dan kali ini juga dia menerima sekeping kertas yang bertulisan sama berlekat di beg kulit yang menyimpan telefon bimbitnya.
Kasut dan sarung kakinya juga hilang di surau apabila dia bersolat Zohor yang terletak 500 meter dari bangunan universiti. Kasut dan sarung kakinya itu hilang selepas dia mendenda Syurga berdiri di tengah
padang kerana Syurga mendapat A di dalam kuiz yang dijalankan olehnya. Semua pelajar yang mendapat A akan didenda berdiri di tengah
padang dengan matahari yang terik di langit sebagai tanda amaran kepada pelajar lain yang tidak mendapat A yang mereka akan menerima lebih teruk daripada pelajar yang mendapat A. Syurga tidak terkecuali dengan syarat yang diadakannya itu.
Para pelajar yang telah menurunkan tandatangan perjanjian di atas kertas kuiz itu terpaksa menurut. Apabila dia melihat kertas kuiz Syurga, hanya Syurga sahaja yang tidak menurunkan tandatangan. Tetapi, Ishak tidak mungkin akan melepaskan Syurga. Syurga memandangnya tajam apabila dia tersenyum kepada Syurga. Namun senyumannya itu tidak sampai ke petang, apabila dia terpaksa menapak ke bangunan universiti semula tanpa sebarang pengalas kaki. Jalan tar yang panas itu membuatkan kakinya bergelembung berisi air selama seminggu. Dia ingin kembali semula ke kediaman yang berdekatan dengan surau tetapi memandangkan kunci rumah ditinggalkan di dalam pejabatnya membuatkan Ishak mengambil keputusan untuk berjalan sahaja. Waktu itu, dia melihat Syurga berdiri di Dewan Utama Universiti tergelak kecil melihat ke arahnya. Ishak semakin menanam rasa dendam untuk mengenakan Syurga apabila dia melihat sekeping kertas dengan tulisan dan ayat yang sama berlekat di dada daun pintu pejabatnya. Syurga tidak mungkin akan terlepas.
Ishak juga terpaksa menahan marahnya apabila sebuah poster besar bertampal besar di podium mengatakan Ishak seorang pensyarah anak manja. Siap dengan gambar terpampang, dia baring di ribaan Ibu apabila Ibu dan Ayah melawatnya di sini. Poster itu tergantung dua hari selepas dia meletakkan seluar dalam lelaki yang sengaja dibelinya di Supermarket Labuan di dalam bilik Syurga yang waktu itu Syurga duduk di sebuah bilik sendiri kerana keputusan Syurga yang amat cemerlang di universiti itu. Rumah banglo Ishak yang berdepan dengan bilik Syurga itu yang hanya dipisahkan oleh bukit kecil dan beberapa meter sahaja itu membolehkan Ishak bertindak nekad sedemikian rupa apabila dia melihat Syurga tidak berada di dalam biliknya pada suatu pagi. Dia mengagak pada waktu itu Syurga berada di dalam kelas. Ishak membawa tangga yang tinggi. Dia menaikkan tangga itu sehingga mencecah tingkap bilik Syurga di tingkat satu itu. Ishak tersenyum kerana tingkap itu terbuka. Seperti kebiasaan dia melihat Syurga akan membuka tingkap bilik setiap pagi. Ishak membuang seluar dalam itu ke bawah meja. Seluar dalam itu terperosok di bawah meja. Setelah Ishak selesai melaksanakan perkara itu, Ishak memberitahu kepada Dekan untuk mengadakan pemeriksaan bilik bagi kolej kediaman M1 memandangkan Ishak adalah waden bagi kolej kediaman tersebut. Syurga terperangkap kerana di dalam biliknya ditemui seluar dalam lelaki yang seolah dihumban ke bawah meja kerana ketakutan ditemui oleh mereka. Syurga dihadapkan di Majlis Tatatertib Universiti dan perkara ini akan disiasat apabila Syurga tidak mengaku dia berbuat perkara sedemikian yang mana Syurga sanggup bersumpah membaca Al-Quran selama 72 jam. Ishak menarik nafas sewaktu dia membuka poster besar itu. Dan di sudut poster, tertulis ayat yang sering ditemuinya selepas dia mengalami pelbagai malapetaka selepas mengenakan Syurga. Syurga yang melalui di situ, tersenyum kambing kepadanya dan tergelak kecil. Dia juga berbisik-bisik dengan rakannya.
Seminggu dia terpaksa berdepan dengan pandangan pelajar dan rakannya yang sinis. Shah telah berkali-kali menasihatinya agar jangan bertindak sedemikian dengan Syurga kerana Syurga itu seorang yang amat berbahaya. Syurga tidak mungkin akan duduk diam, kalau dia diperlakukan sedemikian. Ishak tetap tidak mengendahkan nasihat berupa amaran itu daripada Shah.
Perkara terakhir yang dilakukan oleh Ishak kepada Syurga adalah seminggu lalu apabila Ishak mengatakan Syurga meniru dalam peperiksaan pertengahan semester kerana Ishak tidak mempercayai Syurga dapat menjawab setiap solan dengan jawapan yang betul. Syurga waktu itu berdiam diri dan tidak menjawab namun lirikan mata Syurga, Ishak dapat mengesan Syurga tidak akan duduk diam. Syurga hanya mengatakan, dia berani mengambil semula peperiksaan pertengahan semester itu sekiranya dia tidak mempercayai dengan apa yang dijelaskan olehnya bahawa dia tidak meniru di dalam peperiksaan. Tetapi, Ishak menolak dan dia tidak akan membenarkan Syurga mengambil semula peperiksaan itu dan meletakkan Syurga gagal dalam kertas kursus pemasaran produk yang diajarnya itu. Syurga berdiri dan sempat mengukirkan senyuman. Sebuah senyuman yang Ishak akan kena.
Shah menghampiri Ishak. Dia terkejut melihat kereta Ishak. Shah ketawa besar. Ishak membisu. Dia menyentuh bahu Ishak. Ishak pantas merenyokkan kertas yang dipegangnya. “Itulah kau. Aku dah beri amaran dari awal-awal pagi lagi… Ini dah tengahari. Dia tu bahaya.” Shah ketawa. “Jeffery pergi sambung belajar secara mendadak itupun disebabkan Syurga kerana Jeffery suka sangat menyakat Syurga macam kau. Jeffery tak tahan dikerjakan oleh Syurga. Jadi untuk melepaskan diri, Jeffery ambil keputusan untuk menyambung pelajaran. Sebab pergaduhan di antara mereka adalah sewaktu Jeffery mengatakan dia tu tak layak memiliki nama Syurga Firdausi.” Shah ketawa menahan kelucuan melihat kereta Ishak bertayarkan batu-bata. “Macammana nak jalankan kereta kau ni?” Sekali lagi Shah ketawa.
“Kau jangan buat aku marah dengan kau pula. Dia tu memang nak kena dengan aku.” Shah menyandar di kereta Ishak sambil
cuba meredakan ketawanya. “Dia tu tak takut dengan aku langsung.” Shah yang masih tersenyum itu memandang Ishak.
“Kau nak buat apa lagi selepas ini?” Ishak tersenyum kepada Shah. “Jangan. Dia tu anak dara orang.”
“Habis tu… Aku ni bukan anak teruna orang…” Sekali lagi Shah ketawa besar. “Sudahlah… Aku ikut kau balik.”
“Alah… rumah kau bukannya jauh dari sini. Jalan kaki…”
“Barang aku banyak tau tak… Dalam beg tu ada 14 helai kertas. Berat…” Shah menggelengkan kepalanya dengan ketawanya yang masih lagi berbaki. Ishak menurut dan mengeluarkan beg kerjanya yang seperti mulut yang dipenuhi dengan makanan yang disumbat semua.
Syurga membelai badan Teddy. Teddy berdengkur di pangkuannya. Maria malas untuk membantah tindakan yang dilakukan oleh Syurga kepada pensyarah mereka selama ini. Syurga tersenyum mengenangkan apa yang telah dilakukannya selama ini. “Syur, kau tak takut ke kalau kau didakwa oleh Sir Ishak kerana mencuri keempat-empat tayar keretanya ni.” Empat biji tayar termasuk rim kereta terampai di sisi bilik. Mereka berada di rumah Syurga setelah mencuri tayar dan rim kereta Ishak itu. “Aku takutlah.” Syurga tergelak kecil. Maria mengambil Teddy dari Syurga.
“Kau jangan risaulah. Ini adalah balasan kepadanya kerana telah menggagalkan kertas ‘Marketing Products’ aku tu. Dia tuduh aku meniru.” Syurga menahan marahnya. Daun pintu dikuak. Maria tersenyum,
“Emm… Mak dengar, Abang Ngah beritahu yang Syurga bawa empat biji tayar dengan rimnya sekaligus.” Syurga melihat ke arah tayar itu. Emak Syurga menurut pandang. “Siapa punya? Syurga jangan buat pasal. Jangan jadi macam yang lepas-lepas. Sudahlah Syurga. Syurga tu perempuan. Janganlah nakal sangat.” Emak mula membebel Syurga. Maria membisu. “Ria, ada ikut sama dengan perangai Syurga?” Maria menggeleng pantas. “Baguslah. Jangan ikut dia. Kalau tak nanti, Ria yang susah.” Maria mengangguk faham. “Tu kucing, bila nak hantar balik?”
“Alah… Mak… Dia suka kat sini. Kat sini ada Mak.
Ada Bapa.
Ada Kak Long,
Ada Bang Ngah. Dan yang paling penting ada Nick. Nick
kan isterinya. Takkan dia nak tinggalkan isteri tercintanya tu.” Maria menahan tawanya. Syurga yang berani menjawab patah perkataan emaknya itu sudah menjadi kebiasaan kepada mereka. Emak yang menganggap anak-anaknya itu sebagai kawan cukup rapat antara satu sama lain. Syurga berkalih dan duduk di meja tulis. Dia menarik kertas dan mengambil pen. Dia mula menulis. Huruf P, dicorak cantik-cantik. Kemudian huruf E.
“Susahlah nak cakap dengan Syurga ni. Eh… buat sakit hati betul. Nanti Bapa Syurga tahu semua ini, siaplah Syurga. Emak tak nak menjadi pembela…”
“Yalah Emak… Syur tahu…” Syurga berdiri dan berbaring semula di atas katil. Dia menarik patung arnab dan meletakkannya di atas badan. Maria menurut sambil meletakkan Teddy di sebelah Nick. Emak mengelus malas.
“Jangan sampai Nick tu mengandung sudah.” Syurga dan Maria tergelak besar dengan sindiran Emak itu. Emak melangkah keluar. Syurga dan Maria tergelak sekali lagi selepas Emak menutup pintu bilik. “Ah… ingat sikit. Kamu berdua tu anak dara. Jangan nak ketawa macam
pontianak pula.” Syurga dan Maria menahan gelak mereka segera setelah mendengar suara Emak melaung di luar bilik.
Ishak berdiam diri setelah tayar keretanya hilang. Syurga juga tidak bertindak apa-apa. Mereka berdua melalui hari-hari yang menenangkan walaupun di hati mereka benar-benar ingin bertindak membalas dendam. Ishak mengajar Syurga di dalam kelas terakhir bagi tahun akhir Syurga. Syurga yang sibuk dengan kertas kerja tidak begitu mengendahkan Ishak yang sentiasa memberinya bebanan tugasan yang banyak. Syurga juga sibuk dengan Seminar Pemasaran Antarabangsa yang dikendalikan oleh Ishak sendiri tidak begitu menghiraukan segala pertanyaan yang bertubi-tubi diberikan oleh Ishak.
Shah mengatakan mereka seolah pasangan pensyarah dan pelajar yang paling ideal untuk semester bagi tahun akhir sessi 2008 ini mengalahkan hubungan kawannya sebelum ini, Fahmi dan Umie di dalam rahsia cinta mereka berdua. Ishak hanya membisu. Syurga juga membisu. Maria semakin senang kerana Syurga tidak perlu bersusah payah mengusahakan ikhtiar untuk mengenakan semula Ishak. Tetapi, sampai satu saat, semuanya seolah berhenti apabila Ishak tidak sengaja salah meletakkan markah Syurga di dalam kertas jawapan ujian akhir bagi Seminar Pemasaran Antarabangsa. Sepatutnya Syurga memperoleh 96 tetapi Ishak tertulis 69 kerana ketika itu, dia sedang berbual dengan Ibunya di telefon yang bercerita mengenai filem P.Ramlee, Keluarga 69.
Syurga yang seakan tidak percaya menghempaskan kertas jawapan itu di atas meja Ishak. Ishak menerkam pandangan Syurga. “Awak ni, kenapa? Masuk ke dalam pejabat saya tanpa mengetuk pintu, lepas tu awak bersikap kurang ajar dengan saya pula.” Syurga menarik nafas dalam.
“Saya atau awak yang kurang ajar.” Melopong Ishak mendengar suara Syurga yang menyebut dirinya sebagai awak. Ishak berdiri pantas.
“Saya boleh bawa awak sekali lagi ke Majlis Tatatertib Universiti kerana awak berlaku kurang ajar dengan saya.”
“Peduli apa saya dengan majlis bodoh tu. Saya nak awak tengok kertas ni baik-baik.” Ishak mengambil kertas yang dihempas oleh Syurga sebentar tadi.
Ishak terkejut melihat markah Syurga. Dia menelan air liur paksa. “Kenapa kalau 69? Sememangnya markah awak 69. Ia bukan salah saya.” Ishak tetap dengan egonya. Syurga menghampiri Ishak. Ishak berundur ke dinding.
“Kalau seminar aku dapat 69 bermakna aku akan melihat muka kau sekali lagi.” Ishak terkesima dengan perubahan mendadak Syurga. “
Cuba kau semak sekali lagi apa yang dah kau buat dengan kertas jawapan aku itu.” Suara Syurga menekan marah.
“Eh… kau jangan nak cabar aku. Suka hati akulah nak bagi kau markah 69. Padan muka kau sebab semua ni adalah balasan kerana kau berlaku kurang ajar dengan aku. Mana kucing, telefon, kasut, sarung kaki, tayar dan rim kereta aku?” Syurga berundur marah apabila Ishak bertanya mengenai perkara itu. “Aku takkan luluskan kau selagi aku tidak menerima semula barang-barang yang kau curi dari aku.”
“Aku takkan serahkan barang-barang buruk kau selagi kau tak ubah markah aku.” Syurga menolak buku Ishak yang bersusun di meja. Buku itu bertaburan ke lantai. Syurga melangkah keluar. “Ingat, selagi markah ku tak menjadi 96, kau takkan dapat lihat kereta yang bapa kau bagi kat kau tu.” Syurga menarik pintu dan menutupnya dengan kuat.
Ishak yang tergamam seketika itu kembali sedar. Dia bergegas keluar dan mengejar Syurga. Namun semuanya sia-sia, keretanya telah bergerak keluar dari perkarangan. “Syurga Firdausi!” Ishak menjerit ke udara. Dia dapat melihat Syurga membawa keretanya. Ishak mula ingat, bahawa kunci keretanya itu berada di atas buku yang tersusun di atas meja. Ishak menjerit marah. Dia menendang angin. “Syurga! Syurga!” Ishak geram dan memijak-mijak jalan.
Syurga memandu kereta Ishak tanpa sedikit rasa takut dan gusar. Dia sanggup berdepan apa sahaja asalkan Ishak tidak menggagalkan dia. Kereta itu bergerak masuk ke laman rumahnya. Emaknya menggelengkan kepalanya dan mengomel semalaman dengan tindakan yang dia lakukan. Bapa pula memaksa Syurga agar menyerahkan semula kereta itu kepada Ishak namuk Syurga berkeras hati untuk meneruskan rancangannya itu.
“Nampaknya, kita kahwinkan sahaja mereka berdua tu.” Bapa yang telah malas untuk menyakitkan peti suaranya itu memberi pendapat yang membuatkan Syurga menjerit di dalam bilik. “Tengoklah, anak kesayangan awak tu.” Emak tersenyum sinis kepada kelakuan Bapa yang sudah mengalah dengan anak bongsunya itu.
“Aku dengar kereta kau Syurga bawa lari?” Ishak mengangkat bahu. Kertas jawapan Syurga dipegangnya. Dia telah menyemak kertas jawapan itu. Benar Syurga mendapat markah sebanyak 96. Dia telah tersilap menulis angka 9 dan 6. Semuanya kerana Keluarga 69 yang dibualkan antara dia dengan Ibunya. “Lain kali, hati-hati apabila memeriksa kertas Syurga Firdausi. Dia tu akan semak balik kertas jawapan dia. Dan untuk pengetahuan kau, Syurga tu adalah pelajar yang sentiasa mendapat Anugerah Dekan setiap tahun. Dia juga sentiasa memegang ranking 4.00. Tak pernah lepas 4.00. Kalaulah boleh lepas 4.00, mesti dia dapat lebih daripada 5.00.” Jelas Shah memberi tekanan pada hulu otak Ishak.
“Aku takkan mengaku kalah. Aku takkan bagi dia 96 kalau dia tak serahkan semua barang yang menjadi milik aku.”
“Kau jumpalah dengan ayah dia. Cikgu Firdausi.” Bulat mata Ishak mendengar nama ayah Syurga.
“Cikgu? Pernah mengajar di Melaka?”
“Ya…” Ishak ketawa tiba-tiba itu membuatkan Shah malas untuk melayan lagi keputusan Ishak yang sama keras kepalanya dengan Syurga. Ishak tersenyum kerana dia akan melaksanakan rancangan terakhirnya. Rancangan ini tidak akan membuatkan Syurga untuk bertindak.
Ishak berdiri di muka pintu rumah. Dia memberi salam. Salamnya bersambut. Emak tersenyum kepada Ishak. “Maafkan saya Puan. Saya Ishak. Pensyarah Syurga Firdausi.” Suara Ishak yang dapat dikesan oleh Emak sedang menyindir itu tersenyum. Emak mengajak Ishak masuk. Ishak menurut. Ishak pantas mengangkat Teddy apabila dia melihat Teddy berlingkar di sofa. Namun Teddy merengek tidak mahu dan mencakar sedikit tangan Ishak. “Teddy…” Emak tergamam. Dia melihat tangan Ishak merah dan berdarah.
“Tak apa-apa ke Encik Ishak?” Ishak menggelengkan kepalanya. Teddy telah melupakan dia. Ishak menahan sabar. “Duduklah dulu. Saya hubungi Bapa Syurga. Dia kat sekolah.
Ada urusan katanya. Maklumlah pengetua ni sentiasa sibuk.” Ishak menurut. Ishak melihat gambar keluarga Syurga.
“Patutlah, mengada-ngada. Anak bongsu rupanya. Nanti kau. Siaplah kau.” Ishak melihat sekeliling rumah. Dia dapat melihat sebuah pintu berhias cantik. Nama Syurga juga tertera di dada daun pintu dan Ishak lebih tertarik dengan hiasan sebaris ayat yang sentiasa menjadi nota kepadanya. Namun sehingga kini, dia tidak mengerti apa maksud nota kertas yang diberi oleh Syurga kepadanya. Ishak melihat Emak Syurga sedang berbual di telefon di bawah. Ruang tamu berada di atas. Ishak berdiri dan menghampiri bilik Syurga.
Dia memegang tombol pintu. Bilik itu tidak berkunci apabila dia memutar tombol. Ishak terkesima melihat susun atur bilik Syurga. Ishak tidak pernah menduga, gadis sekasar Syurga itu boleh memiliki sebuah bilik yang cukup cantik dan tersusun kemas. Warna hijau muda, biru muda, ungu dan merah jambu menjadi warna hiasan di dalam bilik itu. Ishak juga dapat melihat tayar dan rim keretanya tersusun di sudut bilik. Tayar keretanya telah dijadikan sebagai tempat tidur Teddy yang dihias cantik. Ishak mengetahui itu adalah tempat tidur Teddy adalah kerana terlekat kertas berlukis ‘TEDDY BERADU’ dengan tandatangan kecil, PCV. Ishak tersenyum kecil. Dia melihat rim keretanya yang dibeli bernilai puluhan ribu itu juga telah dijadikan sebagi tempat menggantung patung-patung kecil. Ishak menelan air liur paksa. Telefon bimbitnya diletakkan di sebelah jam Doraemon. Telefon bimbitnya itu diletakkan sebuah nisan bertulis R.I.P berwarna hijau. Ishak mengetahui batu nisan itu dibuat daripada batang aiskrim. Dia juga melihat sepasang kasutnya diletakkan beberapa tayar kecil yang dibuka daripada kereta mainan lalu kasutnya itu diletakkan di atas rak-rak buku. Kasutnya itu jelas kelihatan seperti sebuah kereta tidak berbumbung berwarna merah jambu dan tidaklah lagi berwarna hitam. Dia turut melihat sarung kakinya tersimpan di dalam beg plastik putih dan bergantung. Tertera tengkorak manusia di plastik putih itu sebagai tanda berbahaya. Dia juga dapat melihat bingkai gambar yang terletak di atas meja tulis Syurga. Gambar itu merakam Syurga bersama dengan Teddy dan seekor kucing yang lain. Malah dia juga dapat melihat Teddy berpakaian tuksedo sedang duduk bersama dengan seekor kucing berpakaian gaun. Lagak seperti sedang disandingkan. Sekali lagi Ishak menelan air liur paksa. Kertas-kertas pelekat bersusun di seluruh bingkai cermin dengan tulisan huruf PCV.
“Encik Ishak.” Ishak terkejut apabila Emak Syurga menegurnya. Ishak berpaling pantas dan membetulkan sedikit bajunya.
“Maafkan saya Puan. Saya tak sengaja. Saya nampak kucing saya. Eh… maksud saya, kucing berbulu putih yang saya pegang tadi masuk ke sini. Jadi saya tak tersengaja masuk ke dalam bilik ni.” Jelas Ishak tergagap-gagap. Ishak melangkah keluar dari bilik Syurga yang berbau haruman hirisan limau. Dia mengesan bau itu kerana pokok limau banyak ditanam oleh Ibunya sebagai hiasan laman. Entah mengapa, Ibunya begitu menggemari tanaman tersebut.
“Tak apa. Makcik tahu. Kucing tu kucing Encik Ishak. Syurga mengambilnya. Dia kata, kucing tu kucing terbiar tapi Maria yang beritahu kucing tu milik salah seorang pensyarah mereka.” Ishak tersenyum kambing. “Jangan terkejut dengan barang-barang Encik Ishak yang Encik Ishak lihat tadi. Syurga hias benda tu semua semasa cuti pertengahan semester hati tu. Dan jangan pula Encik Ishak terkejut nanti.” Ishak menurut langkah Emak Syurga ke ruang tamu. “Ini ada ubat luka. Encik Ishak boleh ubatkan luka tu tadi.” Ishak menolak lembut. Emak Syurga mengangguk dan tersenyum. Emak menuang minuman ke dalam cawan. “Syurga dan Maria ke bandar. Katanya nak beli reben. Tak tahulah, dia nak buat apa lagi setelah dia dah ubah warna dan isi di dalam kere…” Emak menelan balik suaranya. Ishak seolah dapat mengesan maksud Emak Syurga itu. “Emm… Bapa Syurga sekejap lagi, balik. Sekolah tu, tak jauh dari sini.” Ishak mengangguk perlahan. Emak tersenyum kecil. “Minumlah. Jangan segan.” Sekali lagi Ishak mengangguk.
“Assalammualaikum.” Bapa melangkah masuk. “Eh… rupa-rupanya, orang yang selama ni disebut-sebut, Ishak.” Ishak berdiri dan tersenyum melihat Bapa Syurga. Mereka berbalas pelukan.
“Tak sangka boleh berjumpa dengan Cikgu kat sini. Cikgu, apa khabar?” Bapa tersenyum kepada Ishak. Emak membiarkan suaminya dan Ishak berbual panjang. Sesekali terdengar gelak tawa mereka berdua.
“Maafkan anak Cikgu tu. Dia tu degil sikit. Tak boleh dicabar, pantang mengaku kalah. Selagi dia tak kenakan balik, selagi tu jugalah dia tak duduk diam.” Ishak yang sudah mengerti dengan sikap Syurga berdiam diri.
“Saya datang sini sebab nak ambil semula semua barang milik saya. Dan saya sebenarnya, ingin membuat laporan kepada pihak polis mengenai kehilangan kereta saya sekiranya Syurga tak nak mengembalikan semula barang-barang saya. Saya juga dah mengubah keputusan kertas jawapan dia dari 69 kepada 96 kerana dia sememangnya mendapat markah 96.
Ada berlaku sedikit kesilapan.” Jelas Ishak kepada bapa Syurga yang juga pernah menjadi guru kelasnya sewaktu dia berada di tingkatan tiga dahulu di Melaka.
Syurga terhenti dan melangkah turun semula apabila dia melihat Ishak sedang duduk di ruang tamu bersama bapa. “Syurga.” Bapa melaung kuat. “Maria pergi ke dapur.” Maria menurut. “Syurga pula duduk di sini.” Ishak menahan gelaknya. Namun dia tidak dapat menyembunyikan senyumannya apabila Syurga dimarahi teruk oleh bapanya sendiri di hadapannya. Syurga melirik-lirik tajam kepada Ishak. “Bapa nak Syurga serahkan semula barang-barang Encik Ishak.”
“Selagi dia tak betulkan markah tu, selagi tu saya takkan serahkannya.” Syurga menjawab berani.
“Encik Ishak dah jelaskan semua apa yang telah Syurga buat kepadanya sepanjang tahun akhir Syurga.” Syurga tunduk memandang permaidani milik emaknya itu. “Pergi, kemaskan semua barang Encik Ishak dan serahkan sekarang. Bapa tak nak, ada satu yang tinggal.”
“Yalah… Saya buat.” Syurga berdiri pantas. Tetapi, dia tidak melangkah masuk sebaliknya dia turun ke tanah. Dia mengeluarkan reben yang dibelinya bersama dengan Maria tadi. Dia melekatkan reben berwarna merah jambu, kuning dan hijau itu di belakang kereta Ishak. Gumpalan bunga itu dibuatnya semalaman bersama dengan Maria. Syurga tersenyum kerana kereta itu seolah kereta orang kahwin hanya gumpalan bunga itu tidak berada di depan kereta sebaliknya di atas bumbung kereta. Gumpalan bunga itu begitu besar sekali.
Syurga membersihkan barang-barang milik Ishak dan menyerahkan segalanya kepada Ishak dengan kasar. Tayar-tayar itu diguling dari biliknya. Tayar-tayar itu terus berguling turun sehingga melanggar tiang-tiang pagar rumah. Ishak membisu tingkah. Bapa Syurga juga turut begitu. Emak dan Maria berbisik sendirian.
“Saya dah serahkan balik semua barang dia.” Ishak berdiri. Bapa juga turut berdiri.
“Mana kucing saya?” Syurga berpeluk tubuh dan menyandar di dinding biliknya. Dia melihat Ishak.
“Mana saya tahu. Dia tu memang kucing jahat. Dia bukannya pernah duduk kat rumah ni. Bila lapar, baharu balik. Dah lapar, tidur. Pemalas. Ramai dah dia mengandungkan anak-anak dara kucing kat kampung ni. Buat sakit hati saja bila tengok muka dia.” Ishak perasan kata-kata itu ditujukan kepadanya. Syurga menjeling malas. Maria mengangkat Teddy dan menyerahkannya kepada Ishak tetapi Teddy tidak mahu. Teddy melompat turun dari pegangan Ishak dan berlingkar di kaki Syurga. Syurga menolak Teddy ke tepi.
“Tak apalah.” Ishak tetap mengambil Teddy setelah dia memasukkan tayar ke dalam bonet keretanya. Dia benar-benar menahan marahnya apabila dia melihat warna keretanya yang telah bertukar menjadi warna merah jambu. Malah isi di dalam keretanya juga telah berubah bentuk. Hiasan Hello Kitty dan Pooh menjadi aksesori di dalam keretanya. Patung-patung kecil Hello Kitty dan Pooh bergantungan. Ishak berdiam diri. Gumpalan bunga yang menjadi hiasan itu dikerenyok dan dihumban ke dalam kereta. Teddy dimasukkan ke dalam sangkar milik Teddy sendiri.
Ishak menyalami Bapa Syurga. Syurga melangkah masuk ke dalam bilik. Ishak terasa satu kepuasan kerana berjaya memiliki ke semua barang-barangnya dalam masa yang singkat. Teddy mengingau tidak berhenti sepanjang perjalanan. Ishak berdiam diri. Dia yang tidak begitu serasi dengan stereng keretanya yang telah berwarna ungu itu tetap bersabar. Cermin sisinya telah berlekat gambar-gambar watak-watak di dalam cerita fantasi orang barat juga merimaskan matanya.
Shah ketawa melihat perubahan kereta Ishak. Kereta itu seolah pemiliknya seorang wanita dan bagi seorang lelaki juga boleh dikatakan lelaki itu adalah ‘Lady Pink’. Shah tetap ketawa tidak terhenti, siap dia mengambil gambar menggunakan telefon bimbitnya. “Kau dapat barang-barang kau semula, tetapi tengoklah kereta kau tu. Lawak!” Shah ketawa tidak mahu berhenti. Ishak malas untuk menegahnya.
“Aku rasa, aku nak kahwin dengan dia. Baru dia tahu, langit tu tinggi atau rendah. Padan muka dia.”
“Woi… Ishak. Kahwin bukan untuk dijadikan alat membalas dendam. Perkahwinan itu teramat suci tahu tak. Jangan sampai, kau dimurkai Allah. Melafazkan cerai juga adalah salah satu yang dilaknati-Nya.”
“Aku nak kahwin dengan dia sebab aku nak pastikan dia takkan buat macam-macam lagi dengan aku. Aku dah penat. Rimas. Asyik-asyik nak berhati-hati saja dengan dia supaya dia tak buat yang bukan-bukan dengan aku.”
“Hak, lepas ni, dia takkan ada kat sini lagi. Ni tahun akhir dia. Kau takkan dapat jumpa dengan dia lagi lepas ni.”
“Ni bermakna, dia adalah pemenang sebab aku tak dapat balas. Aku akan suruh Ibu dan Ayah aku pergi pinang dia. Padan muka dia.”
“Atau kau sebenarnya yang dah jatuh cinta dengan dia.” Ishak tidak menjawab pertanyaan Shah. Dia bingung dengan rancangan bodohnya untuk meminang Syurga. Ishak menyandarkan badannya di kerusi. Fikirannya kusut dan buntu. Shah memandangnya kosong.
Sudah setahun Ishak tidak bertemu dengan Syurga. Dia juga tidak tahu ke mana menghilangnya Syurga. Dia tidak berani untuk bertanya dengan keluarga Syurga di mana Syurga berada sekarang. Walau bagaimanapun, Ishak tetap mendoakan kejayaan Syurga.
Ishak terasa begitu senang bekerja sebagai pensyarah. Dia hidup dengan tenang kerana tiada seorang pelajar yang begitu berani menentangnya seperti Syurga. Ishak juga merindukan keadaan itu apabila dia mengenangkan Syurga, kadangkala. Keretanya itu tidak pernah diubahsuainya semula. Tetap dengan warna merah jambu bersertakan hiasan Hello Kitty dan Pooh.
Ishak melangkah masuk ke dalam pejabat di tingkat dua. Dia menerima sepucuk
surat yang bergambarkan Hello Kitty dan Pooh dan gambar kucing seakan Teddy kesayangannya. Ishak tersenyum. Dia membawa
surat itu bersamanya. Dan tanpa diduganya dia terserempak dengan Maria, kawan Syurga.
“Apa khabar Sir Ishak?” Maria tersenyum dan Ishak membalas senyuman Maria. “Masih mengajar di sini lagi?”
“Ya. Saya serasi di sini.” Maria mengangguk. “Kenapa ke sini?”
“Oh… Saya datang nak ambil sijil-sijil kokurikulum saya. Tak sempat tahun lalu.” Sekali lagi Maria tersenyum dan Ishak membalasnya.
“Emm… kebetulan terserempak dengan awak, saya nak bertanya tentang Syurga. Dia di mana sekarang?” Maria hanya tersenyum lalu mengangkat bahu. Ishak malas untuk bertanya lebih lanjut lagi. Dia bimbang, Maria akan berfikir yang bukan-bukan. “Ok… Ah… sebelum saya terlupa. Apa maksud PCV yang sering digunakan oleh Syurga? Awak faham maksud saya tentang PCV itu…” Maria tergelak kecil.
“Itu nama rancangan nak mengenakan Sir Ishak dahulu. Emm… tentu Sir Ishak tahu yang
Labuan ni dikenali sebagai apa… Rasanya, Sir Ishak pasti dapat mengagak maksud nama rancangannya tu.” Maria sekali tertawa. “Baiklah Sir Ishak, saya kena pergi dahulu. Takut, Abang saya lama menunggu di bawah. Terima kasih kerana Sir Ishak banyak membantu saya dahulu.” Ishak mengangguk dan Maria pula meneruskan langkahnya. Dia pula menuju ke pejabatnya. Dia yang sudah tidak sabar untuk membuka
surat yang diterimanya. Dia menarik kertas berwarna merah jambu kabur itu. Dia membukanya. Haruman limau kertas itu menusuk ke hidungnya.
Ishak tersenyum kerana
surat itu datangnya dari Syurga. Ishak membaca
surat itu. Senyumannya yang terukir itu tiba-tiba hilang di saat akhir kata
surat itu.
Salam kejauhan dari saya Syurga Firdausi. Saya harap Encik Ishak sihat sejahtera. Saya pula sibuk di sini. Saya sudah mendapat kerja di sebuah syarikat di Kuala Lumpur. Dan apa yang pentingnya, syarikat itu adalah milik Ayah Encik Ishak sendiri. Ayah Encik Ishak benar-benar mempercayai saya dalam semua urusan. Malah Ayah Encik Ishak juga telah menyerahkan sebuah projek berbilion ringgit untuk saya kendalikan. Maka saya yang telah mempunyai rancangan jangka panjang kedua untuk memusnahkan syarikat Ayah Encik Ishak sekiranya Encik Ishak tidak serahkan gambar saya semula dalam masa dua hari dari tarikh Encik Ishak menerima surat ini.
Yang Benar…. Syurga Firdausi.
Terdapat simbol kepala kuning ketawa di penghujung
surat. Ishak mengeluarkan sekeping gambar dari diari hariannya bersama dengan nota-nota yang diberi oleh Syurga. Gambar Syurga yang diambilnya dari bilik Syurga setahun lalu. Gambar Syurga yang tersenyum gembira bersama dengan kucing kesayangannya dan kucing Syurga sendiri itu. Nota-nota yang dipegang terlepas dan terbang jatuh ke lantai. Sebaris ayat yang masih menjadi tanda tanya Ishak sehingga kini terampai lemah di atas lantai.
Sebaris ayat- Peluru Cinta
Victoria sentiasa menjadi tanda nama Syurga kepadanya. “Itu nama rancangan nak mengenakan Sir Ishak dahulu. Emm… tentu Sir Ishak tahu yang
Labuan ni dikenali sebagai apa… Rasanya, Sir Ishak pasti dapat mengagak maksud nama rancangannya tu.” Suara Maria bergema seketika di mindanya.
“
Labuan.
Victoria.” Berkerut dahi Ishak memikirkannya. “Peluru. Senjata. Cinta...” Ishak menggelengkan kepalanya. Dia melihat surat yang baharu sahaja diterimanya juga ditandatangani dengan nama Peluru Cinta Victoria, namun kali ini tersemat dengan angka 2 membuatkan Ishak pantas menghubungi Malaysian Airlines System untuk menempah tiket penerbangan ke Kuala Lumpur esok.
diari sebuah bilik ROYAL RMARM
Perwila, Labuan