Sabtu, 3 September 2011

Puisi : DIALOG LANGKAH KEBEBASAN ANTARA IBLIS DAN MANUSIA


OLEH : ROYAL RMARM


Begitu penat dia berjalan
menyakinkan akalnya tidak tertewas dek akal
marilah bersamaku menongkah lautan luka.

Aku mahu pulang!

Tapi bagaimana dia beralih
jalan itu penuh lorong dan lenong
marilah bersamaku menongkat samudera cedera.

Tidak!
Aku mahu pulang!

Mungkin biarkan dia berhenti
menunggu sahaja teman membawanya pergi
marilah bersamaku menggonggong bahari calar.

Tidak!
semestinya!
aku mahu pulang!

Usah gemburkannya dengan bimbang
tinggallah di sini mengalun serunai gembira
marilah bersamaku membimbit danau balar.

Tidak!
semestinya!
sepatutnya!
aku mahu pulang!

Jalan ini katanya jalan perit
bersihkanlah dahulu kaki sebelum lari
marilah bersamaku menjunjung tasik gores.

Tidak!
semestinya!
sepatutnya!
sewajarnya!
aku mahu pulang!

Dia mahu pilih haluan sendiri
namun mahukah keluhan itu melepas bayang
marilah bersamaku menjinjit sungai sompek.

Tidak!
semestinya!
sepatutnya!
sewajarnya!
seharusnya!
aku mahu pulang!

Dia seorang pengembara di angin lalu
tapi yakin dia sudah kehilangan arah
marilah bersamaku mengusung paya sumbing.

Tidak!
semestinya!
sepatutnya!
sewajarnya!
seharusnya!
sewajibnya!
aku mahu pulang!

Dia telah ditelan usia yang kejam
dengarlah hati yang ingin berehat kejap
marilah bersamaku mengalas parit retak.

Tidak!
semestinya!
sepatutnya!
sewajarnya!
seharusnya!
sewajibnya!
selayaknya!
aku mahu pulang!

Tangannya telah memaut dari dahan ke ranting
sapulah ubat hingga luka mengering
marilah bersamaku mengangkat teluk parut.

Tidak!
semestinya!
sepatutnya!
sewajarnya!
seharusnya!
sewajibnya!
selayaknya!
sebaiknya!
aku mahu pulang!

Tasiknya telah tiada mata air
koreklah tanah mencari khazanah sebentar
marilah bersamaku mengalas lubang lecet.

Tidak!
semestinya!
sepatutnya!
sewajarnya!
seharusnya!
sewajibnya!
selayaknya!
sebaiknya!
sememangnya!
aku mahu pulang!

Usahlah buang jauh-jauh rindu itu
duduk sahaja berdiam di sini
marilah bersamaku menjunjung longkang carik.

Tidak!
semestinya!
sepatutnya!
sewajarnya!
seharusnya!
sewajibnya!
selayaknya!
sebaiknya!
sememangnya!
sepertinya!
aku mahu pulang!

Janganlah pulang lagi kepada-Nya
berbahagialah mengembara di dunia fana
marilah bersamaku mengagung maritim darah.

Tidak!
semestinya!
sepatutnya!
sewajarnya!
seharusnya!
sewajibnya!
selayaknya!
sebaiknya!
sememangnya!
sepertinya!
sebenarnya!
aku mahu pulang!

Aku mahu pulang
kembali kepada sang penciptaku
kerana aku punya langkah kebebasan
yang engkau tidak selayaknya menghalangi aku
kerana engkau hanyalah iblis yang dibuang syurga.


diari sebuah bilik Royal RMARM
Perwila, Labuan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan